EKONOMI STPM PENGGAL 2 BAB2 PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA 经济第二课

 

Nota ini dihasilkan melalui rujukan daripada pelbagai sumber 
seperti Portal Rasmi MPM, skema kertas peperiksaan , buku rujukan dan latihan Ekonomi dan modul nota atas talian. All notes credit to it's owner.


⦿Pendapatan Negara/ Keluaran Negara: 

Jumlah nilai barang dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah negara dalam setahun.

👉stpm 2015:
Takrifkan konsep:
⦿ Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) : (2m)
Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik sesebuah negara dan negara asing  di dalam sesebuah negara dalam setahun (eg.在马来西亚工作的马来西亚人和 外国人都算进大马总生产值)

⦿ Keluaran Negara Kasar (KNK) : (1m)
Jumlah nilai barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik sesebuah negara di dalam sesebuah negara dan luar negara dalam setahun(eg.马来西亚人在国内和国外工作都算进大马总生产值)
 
👉objektif 2018 👈
Q: Nilai keluran firma Jepun yang beroperasi di Malaysia dihitung dalam ?
A: Keluaran Dalam Negeri Kasar Malaysia dan Keluran Negara Kasar Jepun 

⦿PFbLN

PFbLN ialah perbezaan antara nilai penerimaan pendapatan faktor tempatan dari luar negara dengan nilai pembayaran pendapatan faktor asing ke luar negara 
(大马人从国外带回来赚的钱 - 外国人带出去在大马赚的钱)

PFbLN = Penerimaan pdpt faktor dari luar ngr - Pembayaran pdpt faktor ke luar ngr

KNK = KDNK + PFbLN

👉stpm 2015 :
⦿Jelaskan hubungan antara KDNK dengan KNK (2m)
Hubungan antara KDNK&KNK ialah pendapatan faktor bersih luar negara (PFbLN)
Rumus, KNK = KDNK + PFbLN 
Jika PFbLN bernilai positif , KDNK lebih  kecil daripada KNK
Jika PFbLN bernilai negatif, KDNK lebih besar daripada KNK

⦿ PFbLN bernilai positif, maka nilai KNK > KDNK
 (大马人从国外带回来赚的钱 KNK > 外国人带出去在大马赚的钱 KDNK

⦿ PFbLN bernilai negatif, maka nilai KNK < KDNK
(大马人从国外带回来赚的钱 KNK < 外国人带出去在大马赚的钱 KDNK

⦿ PFbLN bernilai sifar, maka nilai KNK = KDNK
(大马人从国外带回来赚的钱 KNK = 外国人带出去在大马赚的钱 KDNK

⦿Bagaimanakah nilai PFbLN mempengaruhi hubungan antara Keluaran Dalam Negara Kasar dengan Keluaran Negara Kasar? (8m)
Hubungan antara KNK dan KDNK ialah PFbLN 
KNK = KDNK + PFbLN 
PFbLN positif 
-Nilai penerimaan pendapatan faktor tempatan  sesebuah negara dari luar negara lebih tinggi daripada nilai pembayaran pendapatan faktor asing ke luar negara
-Nilai KNK > KDNK

PFbLN negatif 
-Nilai penerimaan pendapatan faktor  tempatan sesebuah negara dari luar negara lebih rendah daripada pembayaran pendapatan faktor asing ke luar negara 
-Nilai KNK < KDNK

PFbLN sifar
- Nilai penerimaan pendapatan faktor  tempatan sesebuah negara dari luar negara sama dengan nilai pembayaran pendapatan faktor asing ke luar negara
- Nilai KNK = KDNK

👉stpm 2013(u)
a) KDNK Malaysia pada tahun 2016= RM1108227 juta
KNK Malaysia hanya RM 1084896juta. Jelaskan. (4m)
a) Pendapatan faktor bersih dari luar negeri (PFbLN)
= KNK-KDNK
=1084896-1108227
= -RM23331juta
Perbezaan antara nilai KNK dan KDNK ialah PFbLN 
Nilai KDNK melebihi KNK kerana PFbLN bernilai negatif 
kerana pembayaran faktor ke luar negara melebihi penerimaan faktor dari luar negara

⦿ Dengan contohadakah KDNK sentiasa lebih kecil daripada KNK? (6m)

KDNK tidak semestinya lebih kecil daripada KNK
Nilai PFbLN negatif/ positif menentukan nilai KDNK 
contoh: KDNK= RM 1000juta
PFbLN = RM 100 juta 
KNK= RM1000juta+ RM100juta= RM1100juta
Jika PFbLN positif, KDNK lebih kecil daripada KNK

PFbLN = -RM100juta
KNK= RM1000juta +(-RM200juta) =RM900juta
Jika PFbLN negatif, KBNK lebih besar daripada KNK

👉stpm 2015(u)

⦿Terangkan bagaimana 3 faktor berikut menyebabkan pendapatan faktor bersih negeri bernilai negatif

a) Pelaburan langsung asing (4m)
b) Buruh asing (3m)
c) Pemilikan hartanah oleh warga asing (3m)

a) -Merupakan pelaburan dibuat oleh warga asing di sesebuah negara 
-Keuntungan daripada pelaburan dibawa pulang ke negara asal 
   (外国人在malaysia投资赚的钱带回自己国家
-Sekiranya keuntungan pelaburan asing dibawa keluar melebihi keuntungan dibawa masuk oleh pelabur tempatan dari luar negara
-Nilai KNK sesebuah negara kurang daripada nilai KDNK  
-PFbLN bernilai negatif {大马人在国外投资带回来赚的钱 (KNK)< 外国人带出去在大马投资赚的钱(KDNK)}

b) -Buruh asing mengirimkan upah yang diterima ke negara asal
-Kiriman wang/ upah buruh asing yang bekerja di sesebuah negara ke negara asal melebihi kemasukan kiriman wang daripada buruh tempatan yang bekerja di luar negara (大马人在国外工作寄回来的钱 < 外国人在malaysia工作寄回他们国家的钱)
- Nilai KDNK lebih besar daripada nilai KNK / KNK kurang daripada nilai KDNK 
-PFbLN bernilai negatif 

c) -Pemilikan hartanah seperti bangunan dan tanah dimiliki oleh warga asing mendatangkan pendapatan dalam bentuk sewa.
-Pendapatan daripada pemilikan hartanah oleh pemilik warga asing dihantar pulang ke negara asal melebihi pendapatan daripada pemilikan hartanah oleh pemilik warga tempatan di luar negara
-PFbLN bernilai negatif
 
⦿Faktor PFbLN bernilai negatif
 1. Penghantaran balik dividen/ keuntungan oleh syarikat asing di Malaysia melebihi penerimaan divien/ keuntungan syarikat Malaysia di luar negara
2. Penghantaran balik wang oleh pekerja asing di Malaysia melebihi penerimaan wang daripada rakyat Malaysia di luar negara

⦿a) Perbezaan /Bezakan antara KNK dengan KDNK. (5m)/(4m)  
        (give maksud + formula)
b)  Mengapakah KNK biasanya kurang daripada KDNK di negara sedang membangun manakala KNK biasanya melebhi KDNK di negara maju?

a) KNK ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan dikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik sesebuah negara di dalam negara dan luar negara.
KDNK ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan dikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik sesebuah negara dan negara asing di dalam sesebuah negara.
KNK= KDNK + PFbLN
Perbezaan antara KDNK dengan KNK ialah pendapatan faktor bersih luar negeri (PFbLN) iaitu perbezaan antara penerimaan pendapatan faktor dai luar negara dengan pembayaran pendapatan faktor ke luar negara.

b) Di negara membangun, KNK biasanya kurang daripada KDNK kerana PFbLN bernilai negatif. Nilai penerimaan pendapatan faktor tempatan dari luar negara lebih rendah daripada nilai pembayaran faktor asing ke luar negara kerana kemasukan banyak pelabur asing dan pekerja asing.

Di negara maju, KNK biasanya melebihi KDNK kerana PFbLN bernilai positif. Nilai penerimaan pendapatan faktor tempatan dari luar negara lebih tinggi daripada nilai pembayaran pendapatan faktor asing ke luar negara kerana banyak pelaburan dijalankan di luar negara.


⦿ KDNKhp & KDNKkf

👉stpm 2015
Keluaran Dalam Negara Kasar harga pasaran (KDNK hp) (1m) :
Jumlah nilai barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik sesebuah negara berdasarkan harga pasaran. (用物品卖的市价来算国家总生产值)

Keluaran Dalam Negara Kasar kos faktor (KDNKkf) (1m) :
Jumlah nilai barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran sesebuah negara berdasarkan pembayaran kepada faktor pengeluaran.(用生产物品的成本价来算国家总生产值)

👉stpm 2015
⦿Jelaskan hubungan antara  Keluaran Dalam Negara Kasar harga pasaran (KDNKhp) denagan Keluaran Dalam Negara Kasar kos faktor (KDNKkf) (3m)
Hubungan antara KDNKhp& KDNKkf ialah cukai tidak langsung dan subsidi.
Rumus, KDNkf = KDNKhp - Cukai tak langsung + Subsidi (免掉税加津贴)
Jika CTL > Sub, KDNKhp > KDNKkf
Jika CTL < Sub, KDNKhp < KDNKkf 

⦿Maksud CTL dan Sub
CTL ialah beban cukai yang boleh dipindahkan kepada orang lain dan menaikkan harga pasaran 
Sub ialah bantuan kerajaan kepada kegiatan pengeluaran barang untuk mengurangan harga pasaran

⦿  Keluaran Negara Bersih

Keluaran Negara Bersih (KNB) :
Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik negara setelah ditolak susut nilai
⦿ Hubungan KNK dengan KNB
KNB = KNK- S/N 
KNB < KNK kerana susut nilai barang modal

⦿ Hubungan KDNK dengan KNB
Hubungan antara KDNK dengan KNB ialah pendapatan faktor bersih luar negara (PFbLN) dan susut nilai 
KNK = KDNK + PFbLN 
KNB= KNK - Susut Nilai 

⦿Susut nilai 

ialah nilai barang modal mengalami kehausan nilai apabila digunakan pada tahun berkenaan


⦿ KDNK nominal & KDNK benar

KDNK nominal : Jumlah nilai barang akhir  dan perkhidmatan yang dihitung berdasarkan tingkat harga tahun semasa 
KDNK benar : Jumlah nilai barang akhir dn perkhidmatan yang dihitung berdasarkan tingkat harga tahun asas

⦿Hubungan antara KDNK nominal dengan KDNK benar:
ialah IH
Jika IH1<100, KNK benar > KNK nominal
Jika IH1 > 100, KNK benar < KNK nominal 
Jika IH1= 100 apabila KNK benar = KNK nominal

⦿ Dengan contoh berangka, terangkan hubungan antara keluaran negara benar dengan keluaran negara nominal?
KNK benar= KNK nominal x IH0
                                                   IH1
dengan 
IH0= Indeks harga tahun asas & IH1= Indeks harga tahun semasa
contoh: KNK nominal = RM 500 juta
 IH0 = 100
 IH1 = 125
KNK benar = 500 x 100
                                 125
                     = RM 400 juta
→KNK benar lebih rendah daripada KNK nominal, apabila indeks harga semasa melebihi 100 iaitu tingkat harga umum pada tahun semasa meningkat berbanding dengan harga tahun asas.
contoh : 
KNK nominal= RM 500juta
IH0 =100
IH1 = 80
KNK benar= 500x100
                                80
= RM 625 juta
→KNK benar lebih tinggi daripada KNK nominal, apabila indeks harga semasa kurang daripada 100, tingkat harga umum tahun semasa menurun berbanding dengan harga tahun asas.

⦿Bagaimana KNK benar dihitung?
KNK benar = IH1x KNK nominal
                        IH0
⦿ Bagaimana KNK nominal dihitung?
KNK nominal = IHx KNK benar
                            IH0
⦿ Bagaimana IH1 dihitung ?
IH1= KNK nominal x 100
            KNK benar


⦿KDNK per kapita dan KDNK benar per kapita 

KDNK per kapita : pendapatan purata bagi setiap penduduk 
KNK/KDNK 
Jumlah penduduk 
KDNK benar per kapita : pendapatan benar purata bagi setiap penduduk 
KNK/KDNK benar
Jumlah penduduk
-diguna untuk mengukur taraf hidup rakyat
‣ Pendapatan per kapita tinggi, taraf hidup tinggi
‣ Pendapatan per kapita rendah, taraf hidup rendah



⦿ Kaedah Penghitungan Pendapatan Negara
1) Kaedah Perbelanjaan (nilai barang akhir) : menjumlahkan perbelanjaan terhadap barang dan perkhidmatan oleh semua sektor pengguna.

⦿ Dengan menggunakan jadual, jelaskan KNK bagaimana dihitung dengan kaedah perbelanjaan

Butiran

RM juta

Perbelanjaan penggunaan isi rumah (C)

Pelaburan kasar (I)

Perbelanjaan kerajaan (G)

Perubahan stok ( △ I)

Eksport bersih (X-M)

Pendapatan factor bersih luar negara

150

300

250

20

200

50

KNKhp

970

 Perbelanjaan penggunaan isi rumah/ swasta(C) iaitu perbelanjaan ke atas barang dan perkhidmatan oleh isi rumah

Pelaburan kasar (I) ialah perbelanjaan ke atas barang modal oleh pihak swasta seperti membeli mesin untuk aktiviti pengeluaran

Perbelanjaan kerajaan (G) ialah perbelanjaan penggunaan ke atas barang dan perkhidmatan dan perbelanjaan ke atas barang modal oleh kerajaan (pelaburan awam)

Perubahan stok (△ I) ialah perubahan dalam simpanan barang-barang yang masih ada pada pengeluar/ perbezaan antara stok akhir dengan stok awal.

Eksport bersih ialah perbezaan nilai eksport dengan import.

Pendapatan faktor bersih luar negeri (PFbLN) ialah perbezaan penerimaan pendapatan faktor dari luar negeri dengan pembayaran pendapatan faktor ke luar negeri

Jadi, KNKhp= C+ I+ G+ △ I+ (X-M) + PFbLN
= 150+300+ 250+ 20+200+50
=RM 970juta

💢Quantitatif
  • Maksud perubahan stok ➣Perbezaan antara stok akhir dengan stok awal
  • Mengapa nilai perubahan stok bernilai negatif ? ➢Stok awal melebihi stok akhir
Stok awal > Stok akhir 
去年剩的货带去变年头的货> 今年年底剩的货



2) Kaedah Keluaran (nilai ditambah): Jumlah nilai ditambah diwujudkan terhadap keluaran dihasilkan oleh pelbagai sektor pengeluaran./ nilai akhir semua barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan
Nilai tambah: tambahan nilai barang dan perkhidmatan setelah proses pengeluaran 
dihitung bagi mengelakkan penghitungan dua kali untuk barang perantaraan dan barang separuh siap
Cukai import perlu ditambah kerana cukai belum dikira dalam setiap sektor kaedah keluaran 
Bayaran perkhidmatan bank perlu ditolak kerana sudah ditambah dalam sektor kewangan.
👉stpm 2014 (u)
a) Bagaimanakah pendapatan negara mengikut kaedah keluaran diperoleh?(2m)
b) Dengan jadual, terangkan penghitungan KDNK mengikut kaedah keluaran. (8m)

a) Pendapatan negara diperoleh dengan menjumlahkan nilai ditambah dihasilkan di sektor utama, sektor kedua dan sektor ketiga.
Menambah cukai import untuk mendapat KDNK harga pasaran.
b) 

Butiran

Nilai

(RM juta)

Sektor Utama

i)              Pertanian

ii)            Perlombongan dan kuari

 

500

500

Sektor Kedua

i)              Pembuatan

ii)            Pembinaan

 

700

600

Sektor Ketiga

i)              Kewangan dan insurans

ii)            Perhubungan dan pengangkutan

iii)          Perdagangan borong dan runcit

iv)           Perkhidmatan Kerajaan

v)             Perkhidmatan lain

 

200

100

200

300

100

(+) Cukai import

100

Keluaran Dalam Negara Kasar

(KDNK) harga pasaran

4300

KDNK hp diperoleh dengan mencampurkan nilai ditambah setiap sektor dan cukai import. 
KDNKhp= Sektor utama+ Sektor kedua + Sektor ketiga
                = RM 4300 juta.

⦿Nilai ditambah

👉stpm 2017(u)
"Penghitungan pendapatan negara mengikut kaedah nilai ditambah dapat mengatasi masalah penghitungan dua kali, di samping dapat mengetahui sumbangan setiap sektor ekonomi kepada keluaran negara." Dengan memberi contoh berangka, jelaskan pernyataan ini. (10m)

Rangka jawapan👇
1. Maksud nilai ditambah 
2. tambah ayat 👉kos input sebanyak ..... ditolak untuk mengelak pengiraaan 2 kali
3. Huraian konsep nilai ditambah sama seperti soalan stpm 2014 (aii) (nyatakan kos input,harga keluaran, nilai ditambah)
4. Sumbangan sektor 1, 2&3  

👉stpm 2014
ai)Apakah maksud nilai ditambah? (1m)
Pertambahan nilai barang atau perkhidmatan selepas proses pengeluaran
ii) Berbantukan contoh berangka, huraikan konsep nilai ditambah.(7m)

Jenis Keluaran

Kos input

(RM )

Nilai keluaran/ Harga keluaran

(RM )

Nilai ditambah

(RM )

Gandum

Tepung Gandum

Roti

Kedai Runcit Roti

0

100

300

550

100

300

550

700

100

200

250

150

Jumlah

950

1650

700

*mesti letak unit (RM )
*mesti bagi contoh sampai sektor ketiga 👉( kedai runcit roti dlm jadual)
Peringkat 1, andaikan benih gandum  percuma , kos input sifar. Apabila gandum dihasilkan, harga ialah RM 100, nilai tambah ialah RM 100 (RM 100-RM0)
 
Peringkat 2, gandum diproses menjadi tepung gandum, kos input ialah RM 100, harga ialah RM 300, nilai tambah ialah RM 200 (RM 300-RM 200)

Peringkat 3, tepung gandum diproses menjadi roti , kos input ialah RM 300, harga ialah RM 550, nilai ditambah ialah RM 250( RM 550-RM 300)

Peringkat 4, roti dijual dalam pasaran runcit pada harga RM 700, kos input ialah RM 550, nilai ditambah ialah RM 150 ( RM 700-RM 550)

Berdasarkan 4 peringkat pengeluaran, jumlah nilai ditambah untuk sebungkus roti ialah (RM 100+ RM 200+ RM 250+ RM 150= RM 700) ( sama dengan nilai barang akhir )

b) Terangkan bagaimana konsep nilai ditambah dapat menunjukkan sumbangan setiap sektor ekonomi. (2m)
 Sumbangan sektor utama (gandum) = RM100
Sumbangan sektor kedua( tepung gandum& roti) = RM 200+ RM 250= RM450
Sumbangan sektor ketiga ( kedai runcit roti) = RM 150



3) Kaedah Pendapatan (bayaran faktor): menjumlahkan nilai pendapatan yang diperoleh oleh semua faktor pengeluaran yang terlibat dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan.

⦿Dengan bantuan jadual, terangkan bagaimana pendapatan negara dihitung menggunakan kaedah pendapatan. (6m)
Pendapatan negara mengikut kaedah pendapatan dihitung dengan menjumlahkan pelbagai jenis pendapatan faktor pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.

Butiran

RM juta

Gaji dan upah

Sewa

Bunga bersih

Keuntungan syarikat

Pendapatan perusahaan persendirian

1000

2000

500

5000

500

Pendapatan negara ( KNBkf)

9000

 Pendapatan faktor pengeluaran terdiri daripada 

Gaji dan upah yang diterima oleh buruh yang produktif 

Sewa ialah pendapatan kepada pemilik tanah dan bangunan yang digunakan dalam proses pengeluaran 

Bunga bersih ialah pendapatan kepada modal yang menyumbang kepada keluaran negara

Keuntungan syarikat ialah pendapatan yang diperoleh pengusaha 

Pendapatan perusahaan persendirian ialah pendapatan diperoleh pemilik perusahaan kecil-kecil dan sederhana

Pendapatan negara (KNBkf)
 = Gaji& upah + Sewa + Bunga bersih + Keuntungan syarikat+ Pendapatan persendirian 
= 1000+2000+500+5000+500
=RM 9000 juta

💢Quantitatif

Adakah KNBkf dihitung mengikut kaedah pendapatan negara?
Ya, Pendapatan negara dihitung mengikut kaedah pendapatan pada KNBkf 
- jumlah pendapatan yang diterima oleh faktor pengeluaran produktif dalam ekonomi


⦿ Perbezaan antara pertumbuhan ekonomi dengan taraf hidup (4m)
     { maksud+ formula}
-Pertumbuhan ekonomi ialah perubahan dalam tingkat keluaran negara pada suatu tahun berbanding dengan tahun sebelumnya.
- dihitung dengan KDNK benar
- Rumusnya, Kadar pertumbuhan ekonomi= KDNK benar1-KDNKbenar0x100
                                                                                                  KDNK benar0
dengan KDNK benar1= KDNK benar tahun semasa
KDNK benar0= KDNK benar tahun sebelumnya

-Taraf hidup ialah kualiti hidup penduduk sesebuah negara
-dihitung dengan data KDNK benar per kapita
-Rumusnya, KDNK benar per kapita=       KDNK benar
                                                                   Jumlah penduduk

⦿ Pertumbuhan Kebajikan

1. Pertumbuhan kebajikan : kenaikan taraf hidup masyarakat 
Pertumbuhan kebajikan = Pendapatan per kapita benar1- Pendapatan per kapita 0
                                                                        Pendapatan  per kapita0

⦿ Mengapakah pertumbuhan ekonomi tidak menjamin peningkatan dalam taraf hidup rakyat sesebuah negara? (4m)
Kadar pertumbuhan penduduk 
Jika kadar pertumbuhan penduduk melebihi kadar pertumbuhan ekonomi, taraf hidup tidak meningkat.

Corak agihan pendapatan 
Jika agihan pendapatan tidak setara iaitu jurang yang besar antara golongan kaya dengan miskin, bukan semua rakyat dapat menikmati peningkatan taraf hidup.


⦿ Jelaskan perbezaan antara pertumbuhan ekonomi dengan pertumbuhan kebajikan masyarakat/ Bagaimanakah pertumbuhan ekonomi dan pertumbuhan kebajikan masyarakat ditentukan? (6m) { maksud + formula + contoh} 

-Pertumbuhan ekonomi ialah perkembangan kegiatan ekonomi /perubahan tingkat keluaran negara pada suatu tahun berbanding dengan tahun sebelumnya.
-ditentukan berdasarkan nilai KDNK benar
-Kadar pertumbuhan ekonomi = KDNK benar1- KDNKbenar0x100
                                                                          KDNK benar0
- contoh: 
Tahun 2011, KDNK benar RM9000juta
Tahun 2012, KDNK benar RM 10000 juta
Kadar pertumbuhan ekonomi
10000- 9000 x100
         9000      
= 11.11%

- Pertumbuhan kebajikan masyarakat ialah peningkatan taraf hidup, pertambahan pendapatan per kapita pada suatu tahun berbanding dengan tahun sebelumnya.
- Kadar pertumbuhan kebajikan 
Pendapatan benar per kapita1- Pendapatan benar per kapitax100
                                Pendapatan benar per kapita 0
-contoh : 
Tahun 2011, Pendapatan benar per kapita RM 3000 juta
Tahun 2012, Pendapatanbenar per kapita RM 3500 juta
Kadar pertumbuhan kebajikan tahun 2012
3500-3000x100
        3000
= 16.67%


⦿ Kegunaan Data Pendapatan Negara

👉stpm 2013(u)

b) Terangkan bagaimana pendapatan negara dapat digunakan untuk mengukur dan mentafsir
i) Pertumbuhan ekonomi (2m)
ii) Perubahan struktur ekonomi(2m)
iii) Tingkat kebajikan masyarakat (2m)
i) Pertumbuhan ekonomi diukur dengan kadar pertumbuhan ekonomi 
Kadar pertumbuhan ekonomi= KDNKbenar1-KDNK benar0  x100
                                                             KDNK benar0
Jika nilai positif, pertumbuhan ekonomi berlaku.

ii) Perubahan struktur ekonomi ditentukan melalui kadar sumbangan sektor ekonomi
Kadar sumbangan sektor ekonomi= Nilai keluran sektor ekonomi  x100
                                                                                  KDNK
contoh perubahan sektor ekonomi daripada sektor pertanian kepada sektor perkhidmatan.

iii) diukur dengan pendapatan per kapita 
Pendapatan per kapita= Pendapatan negara benar
                                            Jumlah penduduk 
Jika pendapatan per kapita semasa lebih tinggi daripada tahun sebelumnya, taraf hidup ↑

⦿ Dengan contoh berangka, tunjukkan bagaimana sesebuah negara mengukur (formula + contoh)
i) taraf hidup rakyat (2m)
ii) prestasi ekonomi (3m)
iii) sumbangan sektor ekonomi (3m)

i) Pendapatan per kapita =     KDNK benar 
                                              Jumlah penduduk
contoh: 
KDNK benar = RM 250000juta 
Jumlah penduduk = 20 juta orang
Pendapatan per kapita= 250000  = RM 12500
                                             20

ii) Kadar pertumbuhan ekonomi= KDNK benar1- KDNK benar0
                                                                             KDNK benar0
contoh: 
Tahun 2013= KDNK benar= RM 250000 juta
Tahun 2014= KDNK benar = RM 262500 juta
Kadar pertumbuhan ekonomi= 262500-250000
                                                             250000

iii) Sumbangan sektor ekonomi= Nilai keluran sektor ekonomi x100
                                                                 Jumlah KDNK
contoh: 
KDNK Sektor utama = RM 39375 juta 
KDNK Sektor kedua = RM 73500 juta
KDNK Sektor ketiga = RM 149625 juta
Sumbangan sektor utama= RM 39375 juta x100
                                               RM 262500 juta
                                           = 15%
Huraikan 4 maklumat yang boleh diperoleh daripada data pendapatan negara(10m)
Fakta 👇
1.Kadar pertumbuhan ekonomi
2.Sumbangan setiap sektor ekonomi
3. Taraf hidup penduduk
4. Pertumbuhan setiap sektor ekonomi
- Kadar pertumbuhan sektor ekonomi = Sumbangan sektor1- Sumbangan sektor0
                                                                                                Sumbangan sektor0
-Jika nilai positif, berlaku pertumbuhan ekonomi
-Jika nilai negatif, berlaku kemelesetan ekonomi
5. Asas perancangan ekonomi
👇Huraian lain sama seperti bawah  (其他huraian 用回下面的)

👉 Stpm 2014
Huraikan 5 kegunaan data pendapatan negara. (10m) ( formula+ rumusan)
👉Stpm 2017
Jelaskan 4 alasan sesebuah negara menghitung pendapatan negara pada setiap tahun. (10m)
1.Mengukur kadar pertumbuhan ekonomi
-diukur dengan rumus,  (*mesti letak perkataan benar*)
Kadar pertumbuhan ekonomi= KDNK benar1- KDNKbenar0 x100
                                                                 KDNK benar0
dengan KDNK benar1= KDNK benar tahun semasa
KDNK benar0 = KDNK benar tahun sebelum
- Jika berlaku peningkatan/ nilai positif , pertumbuhan ekonomi berlaku
  Jika nilai negatif, kemelesetan ekonomi berlaku
👇Skema mpm 2017
Semakin tinggi kadar pertumbuhan ekonomi, semakin baik ekonomi sesebuah negara

2.Mengukur sumbangan/prestasi/kepentingan  setiap sektor ekonomi 
- diukur dengan rumus,
      Nilai keluaran sektor        x100
KDNK pada harga pasaran
Sumbangan setiap sektor ekonomi dihitung melalui kaedah keluaran.
👇Skema mpm 2017
Peratus sumbangan terbesar menunjukkan kepentingan sektor ekonomi tersebut terhadap pendapatan negara.

3. Mengukur taraf hidup 
👇Skema mpm 2017
-diukur dengan menggunakan pendapatan per kapita 
Pendapatan per kapita =            KDNK          
                                            Jumlah penduduk 
Semakin tinggi pendapatan per kapita, semakin tinggi taraf hidup sesebuah negara-

3.Menjadi petunjuk perubahan struktur ekonomi
-dikesan berdasarkan perubahan peratusan sumbangan setiap sektor ekonomi kepada KDNK antara 2 tempoh masa
contoh: sumbangan nilai sektor pertanian kepada KDNK ↓ , sumbangan nilai sektor perkhidmatan kepada KDNK ↑ berbanding dengan tahun sebelumnya
- Ekonomi mengalami perubahan sektor ekonomi daripada sektor pertanian kepada sektor perkhidmatan. 
👇Skema stpm 2017
- Data pendapatan negara antara dua tempoh masa  (👈keyword )yang panjang dapat digunakan sebagai petunjuk perubahan struktur ekonomi iaitu perubahan dari sektor sektor pertanian kepada setor pembuatan.

5. Menjadi asas untuk membuat perancangan ekonomi 
👇Skema mpm 2017
- data pendapatan negara pada masa kini dan masa lepas dapat memberi maklumat penting tentang situasi ekonomi sesebuah negara. 
-Maklumat ini dapat digunakan sebagai asas untuk membuat perancangan ekonomi pada masa depan, seperti perancangan tentang perkembangan pelaburan, eksport dan guna tenaga.


⦿ Masalah Penghitungan Pendapatan Negara
Sudu Haram Malu Bayar
1. Masalah menganggarkan susut nilai
2.Masalah pengiraan dua kali
3. Masalah kegiatan produktif yang haram
4. Masalah pengumpulan maklumat
5. Masalah kegiatan produktif yang tidak dibayar dengan wang

👉stpm 2019
Jelaskan masalah penghitungan pendapatan negara 
a) Kewujudan barang haram (3m)
-  berlaku aktiviti haram (👈keyword→ write barang haram salah in skema mpm  ) yang produktif/ dipasarkan 
- nilai transaksi tidak diambil kira kerana menyalahi undang-undang (👈keyword)/ diharamkan oleh sesebuah negara
- Pendapatan negara tidak dapat diukur dengan tepat

b) Penentuan susut nilai (3m)
-Kaedah pengiraan susut nilai berbeza antara firma (👈huraian penting)
-Kesukaran menentukan nilai sebenar pelaburan bersih 
-Pendapatan negara tidak dapat diukur dengan tepat 

c) Pengiraan dua kali (4m)
-Kesukaran penentuan antara barang akhir dengan barang perantaraan 
- Berlaku dalam penghitungan pendapatan negara menurut kaedah keluaran,barang perantaraan dihitung sebagai ( dicampurkan dengan ) barang akhir  (👈huraian penting)
- Pendapatan negara terlebih anggar

👉stpm 2015(u)
⦿ Jelaskan 4 masalah yang menyebabkan ketidaktepatan dalam penghitungan pendapatan negara. (10m)
👉stpm 2013
⦿ Jelaskan 5 sebab nilai pendapatan negara yang dihitung dalam sesuatu tahun tidak tepat. (10m)
1. Masalah pengiraan dua kali
-Kesukaran penentuan antara barang akhir dengan barang perantaraan 
-Jika nilai barang perantaraan dan nilai barang akhir diambil kira bersama-sama, wujud pengiraan dua kali
- Pendapatan negara terlebih anggar

2. Masalah Pengumpulan Maklumat/data
-data tentang kegiatan ekonomi tidak direkod dengan lengkap/ data tentang pekerjaan yang tidak ada penyata pendapatan terutama aktiviti ekonomi di sektor utama sukar diperoleh
-ada pihak ingin mengelak daripada membayar cukai
- pemilik perniagaan tunggal tidak memberi maklumat tepat tentang keuntungan
- Pendapatan negara terkurang nilai

👉skema mpm 2013
3.Masalah kegiatan produktif yang tidak dibayar dengan wang 
- seperti suri rumah yang menjalankan pengurusan rumah tangga, iaitu memasak,mengemas rumah dan golongan sukarelawan melakukan gotong-royong
-Mereka tidak mendapat sebarang bayaran wang kerana melakukan kerja tersebut
- Sebaliknya, kerja pengurusan rumah tangga tersebut akan dibayar gaji jika dilakukan oleh pembantu rumah dan ini menyumbang pendapatan negara
-Pendapatan negara terkurang nilai

4. Masalah kegiatan produktif yang haram 
-Kegiatan haram yang produktif tidak diambil kira dalam pendapatan negara kerana menyalahi undang-undang negara
- contoh : perniagaan cetak rompak
- Pendapatan negara tidak dapat diukur dengan tepat

5. Masalah menganggarkan susut nilai
-Kaedah pengiraan susut nilai berbeza antara firma (👈huraian penting)
-Kesukaran menentukan nilai sebenar pelaburan bersih 
-Pendapatan negara tidak dapat diukur dengan tepat 
-Jika susut nilai terlebih anggar, pendapatan negara terkurang nilai

6. Masalah kegiatan produktif yang tidak dipasarkan
-terdapat kegiatan produktif tidak dipasarkan seperti hasil pertanian dan penternakan dihasilkan oleh petani digunakan sendiri
-nilai keluaran ini tidak dihitung dalam pendapatan negara
- Pendapatan negara terkurang nilai

👉stpm 2018(u)
⦿ Terangkan 4 aktiviti ekonomi yang tidak dipasarkan menyebabkan penghitungan pendapatan negara menjadi terkurang anggar. (10m)
1. Barang yang tidak dipasarkan/ Kegiatan produktif yang tidak dipasarkan
-Barang seperti sayur-sayuran dikeluarkan dan digunakan oleh pengeluar sendiri tidak dihitung dalam pendapatan negara
-contoh: hasil pertanian digunakan sendiri oleh petani tidak dipasarkan 
-Pendapatan negara sebenar terkurang anggar

2. Kegiatan produktif yang tidak dibayar dengan wang
-aktiviti produktif seperti  suri rumah yang menjalankan pengurusan rumah tangga
-Mereka tidak mendapat sebarang bayaran wang kerana melakukan kerja tersebut
- Sebaliknya, kerja pengurusan rumah tangga tersebut akan dibayar gaji jika dilakukan oleh pembantu rumah dan ini menyumbang pendapatan negara
-Pendapatan negara terkurang anggar

3. Kegiatan produktif yang menyalahi undang-undang/haram
-Kegiatan produktif haram yang menyalahi undang-undang seperti penyeludupan dadah tidak diambil kira dalam pendapatan negara
- Pendapatan terkurang anggar

4.Kegiatan produktif yang dibayar upah bukan wang
-Jika tidak dibayar dengan wang tetapi dibayar dalam bentuk barang lain tidak diambil kira dalam pendapatan negara
-contoh: Pemanjat kelapa dibayar dengan upah kelapa
-Pendapatan negara terkurang anggar

5. Bayaran Pindahan oleh kerajaan
-aktiviti ini tidak produktif kerana tidak menyumbang kepada pengeluaran barang maka tidak diambil kira 
- contoh : pencen dan biasiswa
-Pendapatan negara terkurang anggar

👉stpm 2017(u)
Terangkan bagaimana kegiatan ekonomi berikut boleh menyebabkan penghitungan pendapatan negara terlebih anggar/ terkurang anggar
a) Kegiatan suri rumah (4m)
b) Kegiatan sistem barter (3m)
c) Kegiatan penyeludupan barang (3m)

a) -Kegiatan suri rumah ialah aktiviti produktif tetapi tidak dibayar dengan wang, tidak dihitung dalam pendapatan negara
- Jika dilakukan oleh pembantu rumah, akan dibayar dengan gaji dan dihitung dalam pendapatan negara
- Pendapatan negara terkurang anggar 

b) -Urus niaga pertukaran barang tidak melibatkan wang
- tidak diambil kira dalam pendapatan negara
-Pendapatan negara terkurang anggar

c)- aktiviti produktif haram yang menyalahi undang-undang tidak dihitung dalam pendapatan negara
- individu dan firma menyembunyikan aktiviti jualan barang dan perkhidmatan 
- kerajaan sukar mengumpul maklumat yang lengkap
- Pendapatan negara terkurang anggar

⦿ Masalah Perbandingan Pendapatan Negara 

( Antara Masa & Negara)

💥 membandingkan antara negara →fakta guna perkataan ‘Perbezaan
💥 membandingkan antara masa → fakta guna perkataan ' Perubahan'

👍 Biasanya, pendapatan negara↑ ⮞ pendapatan per kapita ↑ ⮞taraf hidup ↑
 Masalahnya, kadangkala, pendaptan negara & pendapatan per kapita tinggi semestinya taraf hidup tinggi (国家收入高, 人民生活水平未必高)


⦿ Peningkatan KNK tidak semestinya menunjukkan peningkatan taraf hidup sesebuah negara. (10m)/
👉stpm 2016
⦿Huraikan 4 kelemahan data pendapatan per kapita sebagai pengukur untuk membandingkan taraf hidup penduduk antara negara. (10m) ( if soalan tanya data pendapatan negara, pdpt per kapita change to pdpt ngr)
1. Perbezaan tingkat harga umum 
-Kenaikan pdpt per kapita sesebuah negara (ngr A) tidak akan meningkatkan taraf hidup rakyat jika kenaikan harga umumkos hidup↑, kuasa beli↓
- Jika negara lain (ngr B) yang pdpt per kapita lebih rendah, tingkat harga umum lebih rendahkos sara hidup ↓, kuasa beli ↑
- Taraf hidup di negara B lebih tinggi 
- Data pendapatan per kapita bukan pengukur tepat untuk membandingkan taraf hidup antara negara

👇skema mpm 2016
2. Perbezaan masa kerja dan masa rehat
-Masa kerja yang panjang menyebabkan pendapatan per kapita tinggi, tetapi masa rehat yang pendek menyebabkan taraf hidup semakin rendah. Sebaliknya, masa kerja yang pendek menyebabkan masa rehat yang panjang. Maka, taraf hidup menjadi tinggi.
-Data pendapatan per kapita bukan pengukur tepat untuk membandingkan taraf hidup antara negara

3.Perbezaan agihan pendapatan 
- Pdpt per kapita  tinggi di sesebuah negara (ngr A) , agihan pendapatan tidak setara
-Pdpt per kapita rendah di negara lain (ngr B), agihan pendapatan lebih setara
- Taraf hidup d negara B lebih tinggi
-Data pendapatan per kapita bukan pengukur tepat untuk membandingkan taraf hidup antara negara

4. Perbezaan eksternaliti negatif
-Pdpt per kapita di negara A tinggi, eksternaliti negatif serius
-Pdpt per kapita di negara B rendah, eksternaliti negatif rendah
-Taraf hidup di negara B lebih tinggi 

5. Perbezaan kadar pengangguran
- Pdpt per kapita di ngr A tinggi, kadar pengangguran tinggi
- Pdpt per kapita di ngr B rendah, kadar pengangguran rendah
- Taraf hidup ngr B lebih tinggi drpd ngr A



👉stpm 2013(u)
Menurut laporan Ekonomi Malaysia 2011/2012, KDNK per kapita Malaysia pada tahun 2011 ialah US$ 9892 , manakala Singapura ialah US$50714. Terangkan lima alasan mengapa taraf hidup penduduk di Singapura tidak semestinya lima kali ganda lebih tinggi berbanding dengan taraf hidup penduduk di Malaysia.

1.Perbezaan tingkat harga umum
-Harga barangan Singapura lebih mahal berbanding dengan Malaysia 
-Kos sara hidup dan perbelanjaan tinggi di Singapura, kuasa beli ↓
-contoh: harga petroleum
-Taraf hidup rakyat Singapura ↓

2. Perbezaan masa kerja dan masa rehat
Pendapatan rakyat Singapura semakin tinggi kerana jangka masa kerja lebih lama dan masa rehat sedikit berbanding dengan Malaysia.
-Taraf hidup rakyat Singapura ↓


3. Perbezaan kesan eksternaliti negatif
-Projek pembangunan ekonomi menyebabkan pendapatan per kapita tinggi di Singapura 
-Kesan eksternaliti negatif seperti pencemaran alam sekitar merendahkan taraf hidup rakyat Singapura

4. Perbezaan penaksiran komponen pendapatan negara
-Sumber pendapatan negara Singapura mungkin mengambil kira sumber tidak bermoral seperti pelacuran dan perjudian→ pendapatan per kapita di Singapura adalah tinggi
-Sumber pendapatan tidak bermoral tidak diambil kira di Malaysia → pendapatan per kapita di Malaysia adalah rendah

5. Perbezaan jumlah kegiatan produktif yang tidak dibayar dengan wang
-Saiz kegiatan produktif tidak dibayar dengan wang di Singapura terhad 
- Di Malaysia, kegiatan gotong-royong suri rumah adalah besar
- Pendapatan per kapita Malaysia rendah, taraf hidup tidak semestinya lebih rendah berbanding dengan Singapura



⦿ Huraikan 5 kelemahan menggunakan data pendapatan negara / pendapatan per kapita untuk membandingkan taraf hidup rakyat antara 2 tempoh masa. (10m)
1. Perubahan tingkat harga umum
-Kenaikan tingkat harga umum → pdpt per kapita tinggi 
- Kuasa beli masyarakat ↓ & kos sara hidup ↑
- Walaupun pdpt ngr semakin tinggi, taraf hidup rakyat tidak meningkat berbanding dengan tahun sebelumnya.
- data pdpt per kapita tidak dpt membandingkan taraf hidup antara masa

2. Perubahan agihan pendapatan
- Kenaikan pendapatan negara per kapita tidak semestinya agihan pendapatan penduduk setara & taraf hidup rakyat↑
- Pdpt per kapita tinggi pada suatu tahun tertentu berbanding dengan tahun sebelumnya tidak menggambarkan taraf hidup penduduk ↑ jika agihan pendapatan pada tahun tersebut amat tidak setara
-Data pendapatan per kapita tidak dapat  membandingkan taraf hidup antara masa

3. Perubahan masa kerja dan masa rehat
- kenaikan pendpt per kapita tidak semestinya ↑ taraf hidup rakyat jika masa kerja bertambah dan masa rehat singkat, taraf hidup tidak meningkat
-pdpt per kapita lebih tinggi daripada tahun sebelumnya tetapi masa rehat lebih panjang berbanding dengan tahun sebelumnya, taraf hidup ↑
- data pendapatan per kapita tidak dapat membandingkan taraf hidup antara masa

4.Perubahan kadar pengangguran 
- Sekiranya pdpt per kapita sesebuah negara lebih tinggi drpd tahun sebelumnya tetapi kadar pengangguran semakin tinggi, taraf hidup penduduk rendah berbanding dengan tahun sebelumnya
- Sekiranya pdpt per kapita sesebuah negara lebih tinggi drpd tahun sebelumnya
tetapi kadar pengangguran semakin rendah, taraf hidup penduduk lebih tinggi berbanding dengan tahun sebelumnya
- data pendapatan per kapita tidak dapat membandingkan taraf hidup antara masa

5.Perubahan dalam eksternaliti negatif 
- Pendapatan per kapita semakin tinggi disebabkan projek pembangunan semakin ↑, eksternaliti negatif seperti pencemaran udara semakin serius berbanding dengan tahun sebelumnya
- Taraf hidup lebih rendah berbanding dengan tahun sebelumnya
-data pendapatan per kapita tidak dapat membandingkan taraf hidup antara masa

6. Perubahan kualiti barang
- Pendapatan negara ↑ disebabkan kenaikan tingkat harga umum
- pdpt per kapita ↑, taraf hidup tidak semestinya↑
- Kenaikan harga barang  mungkin disebabkan kualiti barang ↑, taraf hidup ↑
- data pendapatan per kapita tidak dapat membandingkan taraf hidup antara masa

7. Perubahan komposisi keluaran 
- Pendapatan negara ↑ disebabkan kenaikan nilai keluaran negara seperti kelengkapan senjata
- Komposisi keluaran tidak memberi faedah secara langsung kepada rakyat 
- Kenaikan pendapatan negara disebabkan lebih banyak hospital dibina, memberi faedah secara langsung kepada rakyat, taraf hidup ↑

评论

此博客中的热门博文

Nota ringkas BM Sem 2 : Ayat songsang

Nota ringkas BM STPM Sem2 : Kata Kerja dengan Ayat Aktif dan Ayat Pasif

Konsep Morfologi Bahasa Melayu STPM Semester 2