Konsep Penting Sintaksis Bahasa Melayu STPM Semester 2

 ➤SINTAKSIS:
Bidang ilmu bahasa yang mengkaji pembinaan ayat dari segi bentuk, struktur dan binaan ayat


AYAT:

Unit pengucapan yang paling tinggi dalam tatatingkat tatabahasa, mengandungi makna yang lengkap, diucapkan dengan intonasi yang sempurna, dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan.

⦾AYAT TUNGGAL:
Ayat yang mempunyai satu klausa bebas sahaja dan mempunyai satu subjek dan satu predikat
⦿ AYAT DASAR/AYAT INTI:
Ayat yang menjadi asas pembentukan semua ayat lain

⦾ AYAT TERBITAN:
terbentuk daripada ayat dasar setelah ayat mengalami proses penerbitan ayat iaitu peluasan,pengguguran dan penyusunan semula
⦿ AYAT MAJMUK:
Ayat yang terbina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih


➦AYAT AKTIF:
Ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur yang diterangkan
➦AYAT PASIF:
Ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai unsur yang diterangkan

👉SOALAN:
Ayat-ayat  berikut ialah
ayat minimal, kecuali 
A Duduk diam-diam di sana.
B Tiada tandingan hebatnya.✅
C Terserah kepada tuan rumah.
D Di tempat permulaan sekarang.

💥Ayat minimal biasanya subjek telah digugurkan
Hebatnya(Subjek)/tiada tandingan.


➜SUSUNAN BIASA:
Ayat yang subjek di hadapan dan predikat di belakang
➜SUSUNAN SONGSANG:
Ayat yang predikat di hadapan dan subjek di belakang


⏩KLAUSA:
Unit rangkaian perkataan yang mengandungi satu subjek dan satu predikat dan berpotensi untuk menjadi ayat

⦿Klausa bebas/ Klausa utama/klausa induk
- klausa yang boleh berdiri sendiri 

⦿Klausa tak bebas / klausa kecil/ ayat kecil
- ada kata hubung ( tidak termasuk kata hubung gabungan seperti dan ) 

*dan ibu gadis itu berkawan baik ( bukan klausa tak bebas)

⏩FRASA:
Binaan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu perkataan yang berpotensi untuk menjadi unit yang lebih besar

⦾FRASA ENDOSENTRIK:
Frasa yang mengandungi satu unsur inti yang dapat menjadi wakil bagi frasa (FN,FK,FA)

⦾FRASA EKSOSENTRIK:
Frasa yang tidak mempunyai satu unsur jati yang dapat mewakili frasa (FSN)


⦾ FRASA APOSISI:
Frasa yang menjelaskan kata/ frasa lain yang hadir sebelumnya
Contoh: Kaifa, pelawak terkenal itu mendapat tempat pertama
👉menjelaskan Kaifa ialah siapa 
Kaifa ialah pelawak terkenal yang mendapat tempat pertama.

💥Ayat yang manakah yang mengandungi frasa aposisi?
A Wang saya, saya simpan di dalam laci.
B  Di atas dahan, burung gagak itu hinggap.
C Anak-anak Pak Abu suka memacing .❌
D Abam Bocey, pelawak terkenal itu telah meninggal dunia.✅


💥Yang manakah ayat yang mengandungi apoisisi?
I Melaka, Bandaraya Bersejarah amat bersih.✅
II Sazali, pemuda kampung memperkenalkan diri.✅
III Ketika itu, hujan turun dengan lebatnya.
IV Roslan, isteri dan anak mereka sering melancong di luar negara.


➤KONSTITUEN:
Unsur bahasa yang menjadi bahagian-bahagian dalam sesuatu binaan tatabahasa

⏩SUBJEK:
Konstituen dalam ayat yang menjadi judul /unsur yang diterangkan

⏩PREDIKAT:
Konstituen dalam ayat yang menerangkan subjek


⦿KETERANGAN:
-Unsur yang menerangkan frasa utama predikat
-boleh digugurkan

⦿ PENERANG:
-Unsur yang menerangkan frasa utama subjek
-Unsur yang menerangkan makna kata inti dan biasanya hadir bersama-sama inti frasa nama

评论

此博客中的热门博文

Nota ringkas BM Sem 2 : Ayat songsang

Nota ringkas BM STPM Sem2 : Kata Kerja dengan Ayat Aktif dan Ayat Pasif

Konsep Morfologi Bahasa Melayu STPM Semester 2