Perbezaan Klausa/Frasa/Ayat, Keterangan/Penerang,Ayat Dasar/Ayat Tunggal/Ayat Terbitan

 PERBEZAAN ANTARA KLAUSA & FRASA

Klausa

Frasa

•Mempunyai subjek dan predikat

Tidak mempunyai subjek dan predikat 
(Ada subjek/predikat sahaja)

•Contoh:
‣baju itu/ merah
Subjek / Predikat

•Contoh:
‣baju merah 
‣baju ini
inti+penerang (Subjek)
‣pada minggu hadapan (Predikat)

Ciri-ciri frasa
- berpotensi untuk diperluas
-tidak mempunyai subjek dan predikat

Ciri-ciri klausa
-tidak mempunyai intonasi
-unsur pembentuk ayat


PERBANDINGAN ANTARA KLAUSA & AYAT

Klausa

Ayat

Persamaan:

•Mempunyai subjek dan predikat

Perbezaan:

•Tidak diawali dengan huruf besar dan tidak diakhiri dengan tanda noktah dalam tulisan
(Tiada tanda baca)

•Ditandai dengan huruf besar pada awal ayat dan diakhiri dengan tanda noktah dalam tulisan
(Ada tanda baca)

•Tidak mempunyai intonasi
dia sedang makan nasi goreng

•Mempunyai intonasi
Dia sedang makan nasi goreng.


PERBANDINGAN ANTARA KETERANGAN & PENERANG

Keterangan

Penerang

Persamaan :

Boleh digugurkan

Perbezaan :

Boleh disongsangkan (Boleh berubah kedudukan)

•Tidak boleh disongsangkan (Tidak boleh berubah kedudukan)

Contoh:
Ibu menyapu sampah pada setiap petang.✅

Pada setiap petang, ibu menyapu sampah.✅

Contoh:
a)Datuk menceritakan pengalamannya pada zaman Jepun. maksudnya datuk menceritakan pengalamannya pada zaman Jepun pada zaman sekarang)

b)Pada zaman Jepundatuk menceritakan pengalamannya.❎ (maksudnya berubah jadi datuk menceritakan pengalamannya pada zaman Jepun)

a) Rumah teres ini milik saya.
b) Teres rumah ini milik saya.


PERBANDINGAN ANTARA AYAT DASAR & AYAT TUNGGAL

Ayat Dasar

Ayat Tunggal

Persamaan :

•Satu klausa (1subjek+ 1predikat)
 

Perbezaan :

Ayat Dasar

Ciri

Ayat Tunggal

Susunan
biasa

Susunan
Ayat

Susunan biasa/Susunan songsang


Ayat
penyata

Jenis
Ayat

Ayat penyata, ayat perintah, ayat tanya, ayat seruan
(PPTS)


Ayat aktif
sahaja

Ragam Ayat

Bolah ayat aktif /ayat pasif

Klausa lengkap
Cth: Dia masuk ke dalam.

Klausa

Boleh klausa lengkap/klausa tak lengkap
Cth: Masuk ke dalam! (Tiada subjek)

Frasa nama(FN)

Cth: Kegiatan bersenam menjadi kegemaran abang.

Subjek

Boleh terdiri daripada kata kerja atau kata adjektif (FK/FA) (berfungsi sebagai frasa nama)

Cth: Bersenam menjadi kegemaran abang.
 (Proses pengguguran)


PERBANDINGAN ANTARA AYAT TUNGGAL & AYAT TERBITAN

Ayat Tunggal

Ayat Terbitan

Persamaan :

•Ayat penyata, Ayat perintah, Ayat tanya, Ayat seruan,
•Ayat aktif, Ayat pasif,
•Ayat nafi

Perbezaan :

 

Ayat majmuk

‣2 proses sahaja
•Proses pengguguran
•Proses penyusunan semula (ayat songsang)
*tiada kata hubung dalam ayat

‣3 proses
•Proses pengguguran
•Proses penyusunan semula (ayat songsang) 
•Proses peluasan (ayat majmuk)
*ada kata hubung

Cth: Kakak membeli beg.

Cth: Kakak membeli satu beg yang besar.

Latihan 

💥Yang manakah frasa?
I ke sekolah dia setiap hari❌👉klausa (dia [subjek] ke sekolah setiap hari [predikat])
II beberapa ekor kucing adiknya✅
III beliau datang ke pejabat petang tadi❌👉klausa
IV menyiapkan kerja rumah secara tergesa-gesa✅

💥Pernyataan yang berikut benar tentang frasa, kecuali
A menjadi konstituen ayat 
B berpotensi untuk diperluas
C boleh dipisahkan daripada kesatuannya✅
D boleh menjadi unsur frasa itu sendiri

💥 Yang manakah ayat tunggal dan ayat dasar ?
I Amalan rasuah menjejaskan kemajuan negara.✅
II Beberapa ekor burung merpati terbang ke udara.✅
III Penghuni bilik 1001 kegemparan pada malam itu.❌👉 ayat pasif (ayat tunggal shj)
IV Sayur-sayuran di kebun belum lagi bersiram pagi ini.❌👉ayat pasif (ayat tunggal shj)


💥Yang manakah ayat dasar?
I Pemuda itu sangat baik hati.
II Kedai itu bukan milik bapa.👉ayt tunggal (ada kata nafi bukan)
III Buku ini dibeli oleh kakak di Kedai Buku Sinaran.👉 ayt tunggal (ayat pasif)
IV Telefon pintar baharu ini untuk anak bongsunya.


💥 Yang manakah ayat tunggal?
I Pelajar itu rajin lagi baik hati.👉ayat majmuk
II Rumah banglo itu agak mahal.
III Seorang penghuni kampung enggan berpindah.
IV Sambil menyanyi sambil mereka mencari maklumat.👉ayat majmuk


💥Ayat berikut ialah ayat terbitan kecuali
A Bapa Salley pulang awal semalam?👉ayat terbitan (ayat tanya)
B Ibu ke pasar untuk membeli sayur-sayuran.👉ayat terbitan (ada kata hubung)
C Sungguh rajin orang tua itu.👉ayat terbitan ( ayat songsang)
D Pokok kelapa itu tumbang petang tadi.✅👉ayat dasar/ ayat tunggal


💥 Ayat yang manakah tidak menepati ciri ayat?
A Diperlakukan sedemikian[predikat] /rupa penjenayah itu.[subjek]
B Tidak sukar untuk semua peserta menamatkan larian.
C Beberapa ekor haiwan yang mencari makanan di tempat itu.✅
👆 subjek sahaja 
D Golongan yang berada harus membantu mereka yang memerlukan bantuan.


💥Yang manakah menepati ciri ayat?
I Lima orang pendatang asing yang ditahan semalam.❌👉subjek shj
II Akan bertindak ahli jawatankuasa tidak lama lagi.✅
III Bagi memastikan keamanan rakyat terjamin.❌👉predikat shj
IV Masalah perebutan kuasa di sana berlaku sejak tahun lalu.


评论

此博客中的热门博文

Nota ringkas BM Sem 2 : Ayat songsang

Nota ringkas BM STPM Sem2 : Kata Kerja dengan Ayat Aktif dan Ayat Pasif

Konsep Morfologi Bahasa Melayu STPM Semester 2