EKONOMI STPM PENGGAL 2 BAB 1PENGENALAN MAKROEKONOMI (PART 1) 经济第一课
Nota ini dihasilkan melalui rujukan daripada pelbagai sumber seperti Portal Rasmi MPM, skema kertas peperiksaan , buku rujukan dan latihan Ekonomi dan modul nota atas talian. All notes credit to it's owner.
Makroekonomi :
- kajian ekonomi secara menyeluruh yang melibatkan pembolehubah ekonomi
- mengkaji interaksi antara pelaku ekonomi yang terdiri daripada isi rumah, firma, kerajaan dan sektor luar negara.
- Maksud:pelbagai masalah utama yang dihadapi oleh sesebuah negara yang boleh menyebabkan ketidakstabilan ekonomi.
- Pertumbuhan ekonomi : Keadaan menunjukkan perkembangan kegiatan ekonomi iaitu pertumbuhan keluaran negara pada suatu tahun berbanding tahun sebelumnya
- Pengangguran: Jumlah tenaga buruh yang tidak terlibat dalam kegiatan produktif (menganggur) dan sedang aktif mencari pekerjaan tetapi gagal mendapat pekerjaan
- Inflasi : Keadaan apabila tingkat harga umum barang dan perkhidmatan meningkat secara berterusan
- Imbangan Pembayaran : penyata kewangan mencatatkan aliran masuk dan keluar wang sesebuah negara kesan perdagangan antarabangsa dalam setahun
Pembolehubah Makroekonomi/ Petunjuk Makroekonomi :
(1P 2K 3K% 2A)
- Maksud :data statistik tentang aktiviti ekonomi untuk mengukur prestasi kegiatan ekonomi
- Kitaran Perniagaan : Keadaan ekonomi yang melambung dan meleset dalam jangka masa tertentu
- Keluaran Negara Kasar: mengukur jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan dikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik sesebuah negara di dalam negara dan luar negara dalam tempoh setahun (国家总出产值-该国人民在国内和国外的出产值)
- Pertumbuhan ekonomi : Kadar perubahan dalam tingkat keluaran negara pada suatu tahun berbanding dengan tahun sebelumnya
- Kadar Inflasi : Kadar kenaikan tingkat harga umum pada suatu tahun berbanding dengan tahun sebelumnya
- Kadar pengangguran: peratusan bilangan penganggur daripada jumlah tenaga buruh pada suatu tahun berbanding dengan tahun sebelumnya
- Kadar bunga: peratusan kos yang perlu dibayar untuk sejumlah pinjaman diberikan oleh firma untuk pelaburan
- Akaun dagangan: mengukur perbezaan antara nilai eksport barang nampak dengan nilai import barang nampak
- Akaun semasa: mengukur aliran wang masuk dan keluar daripada urus niaga barang nampak, perkhidmatan, pendapatan dan bayaran pindahan
⦿ Kitaran Perniagaan
(* perlu tahu positionnya , sebab boleh tanya dalam soalan objektif *)⦿ Petunjuk Makroekonomi
⦿Takrifkan dan terangkan bagaimana petunjuk makroekonomi berikut mengukur prestasi ekonomi sesebuah negara.
👉stpm 2014(u)
⦿Takrifkan dan huraikan bagaimana perkara berikut dapat menjelaskan prestasi ekonomi/ Jelaskan hubungan antara KNK potensi & KNK sebenar
⦿Terangkan perkaitan antara / Terangkan perbezaan ‣(give maksud + formula)
a) Inflasi dengan kadar inflasi (2m)
b) Pertumbuhan ekonomi dengan kadar pertumbuhan ekonomi (2m)
⦿ Pertumbuhan ekonomi tidak semestinya akan mengurangkan kadar pengangguran. Jelaskan. (4m)
Pertumbuhan ekonomi yang tinggi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk tenaga buruh → mengurangkan kadar pengangguran
Jika tenaga buruh bertambah, peluang pekerjaan lebih banyak perlu disediakan
Jika peluang pekerjaan disediakan tidak dapat menampung jumlah tenaga buruh yang ada di pasaran, kadar pengangguran meningkat
- Meningkatkan pertumbuhan ekonomi
- Mencapai tingkat guna tenaga penuh
- Menstabilkan tingkat harga umum
- Membaiki imbangan pembayaran
👉Stpm 2013:
⦿Sebab negara mencapai matlamat dasar makroekonomi
a) Pertumbuhan ekonomi (3m)
-Mewujudkan peluang pekerjaan dan mengurangkan pengangguran
-Menarik pelaburan asing dan pelaburan domestik
-Meningkatkan taraf hidup melalui pendapatan per kapita yang tinggi
-Mengurangkan masalah kemiskinan
a) Pertumbuhan ekonomi (3m)
-Mewujudkan peluang pekerjaan dan mengurangkan pengangguran
-Menarik pelaburan asing dan pelaburan domestik
-Meningkatkan taraf hidup melalui pendapatan per kapita yang tinggi
-Mengurangkan masalah kemiskinan
-Meningkatkan rizab mata wang asing/ meningkatkan kemampuan membayar import tertangguh
-Mengukuhkan nilai mata wang/ kadar pertukaran
⦿Huraikan lima alasan sesebuah negara perlu mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi. (10m)
Pertumbuhan ekonomi meningkatkan pendapatan negara, pendapatan per kapita meningkat.
Pertumbuhan ekonomi mewujudkan banyak peluang pekerjaan
Pertumbuhan ekonomi meningkatkan kuasa beli masyarakat dan menarik pelabur untuk melabur
Pertumbuhan ekonomi meningkatkan keuntungan syarikat dan pendapatan pekerja,
Kerajaan meningkatkan kutipan hasil cukai syarikat dan cukai pendapatan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
⦿Huraikan alasan sesebuah negara ingin mencapai matlamat makroekonomi berikut:
a) Tingkat guna tenaga penuh (3m)
-Mengurangkan kadar pengangguran hingga 3-4% / Mengurangkan masalah pengangguran
-Mengelakkan pembaziran sumber
-Meningkatkan taraf hidup kerana buruh ada pendapatan
rizab asing yang meningkat dapat membayar import tertangguh
Mengukuhkan nilai mata wang/ kadar pertukaran
kerana permintaan RM melebihi penawaran RM (DD RM > SS RM)
- Dasar fiskal ( T& G)
- Dasar kewangan (SS wang& r)
- Kawalan langsung (dasar harga maksimum/minimum)
- Dasar Sebelah Penawaran (cukai pendapatan syarikat/ cukai import bahan mentah/ cukai atas input)
⦿ Dasar Sebelah Permintaan ( 3 cara)
1. Dasar Kewangan - langkah kerajaan melalui bank pusat mengubah penawaran wang (SS wang) & kadar bunga (r ) untuk mempengaruhi perbelanjaan agregat
2. Dasar Fiskal - langkah kerajaan mengubah perbelanjaan kerajaan (G) & cukai (T ) untuk mempengaruhi perbelanjaan agregat
3. Kawalan Langsung - langkah kerajaan mengawal secara langsung mengikut punca masalah yang dihadapi
⦿ Dasar Sebelah Penawaran - dasar kerajaan mempengaruhi kegiatan ekonomi dari segi penawaran
评论
发表评论