Nota ringkas BM STPM Sem2 : Kata Nama dan Frasa Nama

 Ciri-ciri kata nama

⦿ boleh diikuti oleh kata tunjuk itu/ini 
➤ Orang ini

⦿ boleh didahului kata bilangan 
➤ dua orang pelajar
⦿ boleh didahului oleh kata sendi nama
di sekolah
⦿ boleh hadir di depan kata adjektif 
➤ buku baharu

💙💙💙💙

a)Kata nama khas
 hidup :manusia& bukan manusia 👉 Mak Su
 tak hidup👉 Honda

b)Kata nama am 

💥Yang manakah merupakan kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak?
I Cuaca✅
II Derai❌
III Rumah❌👉Kata nama am tak hidup bukan institusi
IV Bintang✅


c)Kata ganti nama 
→ tunjuk
👉umum : ini/itu/tersebut
👉tempat :sini/situ/sana
👉hal: begini/begitu

→diri 
👉KGN diri orang: saya, awak, beliau
👉KGN diri tanya:siapa/apa/mana

→tak tentu : siapa-siapa/apa-apa/mana-mana


💥Pernyataan yang berikut benar tentang kata nama tunggal, kecuali
A meliputi bentuk akronim
B terdiri daripada satu morfem bebas
C kata akar tergolong dalam kata tunggal 👉kata dasar
D ialah inti dalam binaan frasa nama

                                                            💙💙💙💙

💥Perbezaan apitan ke-...-an sebagai apitan kata nama, kata kerja& kata adjektif 

👉ke-...-an kata nama
⦿Kehandalan pesilat ini tiada tandingan.
⦿Amir ialah pelajar kebanggaan gurunya.

👉ke-...-an kata kerja
-sebagai kata kerja pasif,  berada pada predikat
⦿Adik kehujanan ke sekolah.
⦿Kereta hartawan itu kecurian.
⦿Anak kucing yang kesejukan itu diselamatkan oleh bapa Simon.
⦿ Mangsa bencana itu
kehausan setelah diselamatkan.
⦿Penghuni asrma itu
kegemparan apabila lonceng dibunyikan.

👉ke-...-an kata adjektif 
-boleh disertai kata penguat (sangat, amat, sungguh)
-membawa maksud sifat
⦿ Sifat kepahlawanan lelaki itu begitu ketara.
⦿ Perangainya agak kebudakan.


Yang manakah ayat yang mengandungi perkataan berapitan ke-...-an sebagai kata nama?
I Banyak kerumitan semasa menyiapkan kertas kerja itu.✅
II Adele merupakan pelajar kesukaan ramai guru.✅
III Kami kebinggungan sebelum menjawab soalan tersebut❌
IV Adik kehabisan wang setelah membeli makanan.❌



💥Yang manakah ayat yang mempunyai kata nama terbitan sebagai subjek?
A Proton Saga nama motokor.❌
B Pukulannya menepati sasaran.
C Bersenam menyihatkan badan kita.❌
 👉subjek ialah bersenam (KK)  berfungsi sbg KN
D Bahawa berita itu sahih perlu mendapat pengesahan.❌



💥Yang manakah ayat yang mengandungi kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama?
I Merokok membahayakan kesihatan.
II Merasuah merugikan negara.✅
👆(berlaku  pengguguran kata nama sebagai inti frasa nama subjek)
➤I Tabiat merokok membahayakan kesihatan.
II Amalan rasuah merugikan negara.

III Membangun dengan pesat negara Asia Tenggara.
IV Membaca sejak kecil adik.❌
 👆 ayat songsang
➤III Negara Asia Tenggara[subjek] /membangun (KK) dengan pesat.[predikat]
➤IV Adik [subjek]membaca (KK) sejak kecil.[predikat]


💥Yang manakah ayat yang mengandungi kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama?
I Melukis mendatangkan hasil yang  lumayan.
II Membuang masa tabiat yang buruk.
III Membaca novel Aiman pada hari minggu.
IV Melepak mereka di pasar tani.
👉 ialah ayat songsang 
➤III Aiman membaca novel pada hari minggu.
➤IV Mereka melepak di pasar tani.

Kata adjektif yang berfungsi sebagai kata nama
⦿Hebatnya tiada tandingan.
⦿Putih lambang keikhlasan.
⦿Sederhana merupakan sifat yang baik.


                                                           💙💙💙💙

Binaan Frasa Nama
a)inti+penerang 
(inti+ penerang nama & inti+penerang bukan nama)

b)inti+inti
 (inti+inti dengan persamaan makna& inti+inti dengan pertentangan makna)

Yang manakah frasa nama?
A merah darah ikan
B menjadi idaman wanita
C suka berbelanja besar
D pemborong ikan air tawar✅

💙💙💙💙

Hukum D-M
Maksud👉 Unsur yang diterangkan mendahului unsur yang menerangkan
Kekecualian Hukum D-M
👉Unsur yang menerangkan  mendahului unsur yang diterangkan 
👉 Contoh: Ketua pengawas
💥Yang manakah ayat yang menggunakan frasa yang mematuhi Hukum D-M?
A Alat pendingin hawa itu masih belum berfungsi.✅
B Hamid dinaikkan pangkat sebagai polis inspektor.❌
C Acara mini marathon akan dipertandingkan semula.
D Larangan penggunaan plastik beg mendapat sambutan.

评论

此博客中的热门博文

Nota ringkas BM Sem 2 : Ayat songsang

Nota ringkas BM STPM Sem2 : Kata Kerja dengan Ayat Aktif dan Ayat Pasif

Konsep Morfologi Bahasa Melayu STPM Semester 2