Nota ringkas BM STPM Sem2 : Kata Kerja dengan Ayat Aktif dan Ayat Pasif
SOALAN 👉 Hadir selepas kata kerja aktif tak transitif 👉Ayat yang mengandunginya tidak boleh dipasifkan Yang manakah menepati ciri-ciri atas? I Padang itu bertambah becek.✅ (kata kerja tak transitif berpelengkap) II Ali memberi kami hadiah istimewa.❌ III Pelajar sedang menduduki peperiksaan.❌ IV Pekerja di kedai itu terdiri daripada orang tempatan.✅ (kata kerja tak transitif berpelengkap) Maksud imbuhan kata kerja 💥👉 Kausatif (menyebabkan) •Cecair ini dapat menghilangkan bau busuk di bilik nenek. • Aini berniaga ikan pekasam bagi meningkatkan pendapatan keluarganya. •Kamal mengemaskan bilik tidurnya. 💥👉 Beneaktif (ayat mengandungi 2 objek) • Saya menyediakan nya makanan yang berzat pagi tadi di rumah. • Abang membelikan saya komputer. 👉 Lokatif ( tempat) menduduki (duduk di sesuatu tempat) sirami hadiri 👉 Refleksif (melakukan perbuatan pada diri sendiri) berdandan bercukur SOALAN Yang manakah ayat yang tidak mengandungi kata kerja refleksif (perbuatan ke atas diri